About Us

YAYASAN RI komited untuk mengembangkan kemuliaan, kehebatan dan keunggulan ilmu pengetahuan kitab suci Islam, AL-QURAN. YAYASAN RI mengenal pasti bahawa pendidikan AL-QURAN adalah penting dalam mengasuh dan membentuk individu terutamanya golongan muda merupakan tunjang utama negara di masa hadapan. DAR AL-QARI adalah fokus utama kami dalam mencapai objektif YAYASAN RI.

YAYASAN RI dengan sedaya upayanya akan menyantuni mana-mana pihak yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini. YAYASAN RI telah memperuntukkan sumbangan untuk keperluan asas, pendidikan, perubatan atau apa-apa bantuan yang diperlukan khalayak agar mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi. YAYASAN RI sentiasa bersedia untuk bekerjasama serta berkhidmat dalam pemulihan sosial, rohani dan jasmani demi kebaikan komuniti sejagat.